
18 December, 2009
Anak2 dah bosan bekfes org melayu
dah bosan dgn bekfes mknan org melayu....Alamak!! aku pun jenuh le memikirkan bekfes apa la yg aku ank buatkan utk anak2 ni...nugget suasage anak2 dah muak, cium bau pun derang dah nak cabut lari....
tetiba aku teringatkan hash brown(betul ke salah ejaanya..ontah le) yg mkn kat Mc D semalam, tp aku menung jap. mcm mana nak buat, nak boh apa....mmg kentang ada kat dapur, aku pun kupas le kentang, aku suruh bibik buat egg bread...ala roti yg salut dgn telur + black peper + butter, Whisk lebih kurang bagi sebati sume bahan tu, celup roti pastu grill je dlm pan..
sambung pasal kentang yg aku kupas tu la, smbil tu dok pk apa nak campur, selongkar kabinet, terjumpa la tepung goreng ayam adabi, selongkar peti ais jumpa la mozarela cheese...lps dah dice kan kentang tu halus2, campurkan sume bahan tu sume dalam mangkuk, pecahkan sebiji telur, gaul sebati sambil campurkan tepung adabi tu sedikit demi sedikit smpi adunan leh di kepal...tada jd dah potato patties yg bentuk dan rupanya aku tiru seakan2 hash Brown Mc D tu..pastu grillkan atas pan yg sapukan dgn marjerin ...grill smpi masak dlm 4,5 minit ...tadaaaaa dah siap!!!....masa grill tu tak ambik gambar, sbb hp kat ruang atas, dpt ambik gmbr yg kat ata tu je, tu pun sbb anak2 dah nak perabihkan mkn.... .wlu pun rupa potato patties tu tak berapa cun tp bersyukur dpt mengenyangkan perut anak2 ku, menutup mulut anak2 ku dari berkata "mama lapornya nak makan apa ni" atau pun anak2 ckp " bosannnya sarapan pagi ni, masak le benda lain...
17 December, 2009
Kamera ku yg dah OTAI
Ini Olympus Camedia kamera digital yg pertama aku ada, ini adalah hadiah lucky draw annual dinner.
Bekfes meal kat Mc D
tak le menunggu lama giliran dpt no 6, tak ambik gmbo masa kat Pej. pendaftaran, segan lak rasanya....lg pun doter besar kata jgn ambik gmbr..


16 December, 2009
sepetang jln2 mkn2
tatau nak mkn apa dan kat mana doter ckp nak mkn dunkin donut, hmmm...ikut je lah..
Adik makan dgn penuh perasaan
'

kakak pose jari je,tanak tunjuk muka malu katanya
Donut share mkn 2 org
26 November, 2009
Ketupat daun nyiur

dah lama sgt rasanya tak pegang daun kelapa utk menganyam ketupat, rasa nya adalah dlm 3 thn kot, dah tak pernah langsung menganyam ketupat nih, ye la kan selalunya balik kg raya pun smpi mlm raya, sumenya mak, mak mertua, adik beradik ipar duai dah siapkan keja2 dapur menjelang raya, kita ni cuma masak lauk pauk je dari rumah sendiri utk bawak balik ke kg. memandang komitmen suami ku yg berkhidmat utk negara & selalu cuma dpt pelepasan last minit...(selalunya setengah hari sebelum raya..)
tak sangka pulak thn ni raya haji ada daun kelapa utk di anyam ..
Bibik aku ni la, makciknya tnya pandai ke anyam ketupat, aku pun ckp le, dedulu tahu tp dah bertahun tak anyam ketupat, memandangkan daun kelapa pun ada, aku pun try le polish balik skil menganyam ketupat nih sesambil mengajar bibik utk menganyam ketupat nih...

tak sangka lak boleh lg wlu pun sudah berkurun tidak menganyam ketupat akan tetapi rupanya aku cuma mahir dgn 2 jenis ketupat saja, jenis ketupat yg lain sume dah lupa & ambik masa yg lama nak ingat selok belok anyamaan nya itu... dari pada aku buang masa & merosakkan daun kelapa tersebut maka aku pun buat je la ketupat biasa (org sebut ketupat sate) & ketupat duduk saja, itu sajalah yg aku mampu nak ingt cara anyamannya itu......
tadaaaaaa..!!!! .dgn rasa bangganya aku pun nak la tunjuk kat korang kelonsong ketupat yg sudah siap di anyam itttew.......

24 November, 2009
Korang bacalah ek, pastu komen le sesuka ati korang...
dah ready nak baca...jom baca....


...Yg mana satu anda??
Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.
Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??
1. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidakterlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang. Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyakmasalah dan stabil.
2. Bulat
Individu yang mempunyaipunggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.
3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatiforang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.
4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis ¿no problem¿. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.
5. Rata
Punggungnya rata atau hampir sama rata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.
caye ke tak?????..........hehehe dah abis baca ke?????, gi le tgk cermin atau tanya la kat life partner korang...yang mana bentuk korang punya....aku dah tgk cermin dah!!! hahaha
entah!! aku ni baca buku ke tgk buku je...



Di sebabkan arini hujan suasana sgt sejuk damai je aku rasa...aku pun batalkan sume niat & hasrat nak kluar atau nak buat appointment di luar....

selongkar almari itu ini, sana sini, entah tiba2 mcm semangat nak membaca tu dtg, selongkar la almari yg jadi mini library kat rumah ni, selongkar nak asing2kan mags yg dah lama2 tu , nak bg kt kwn2 atau jual kat lori surat kabar lama tu, sayang nak buang, mungkin ada org lain boleh memanfaatkan ilmu atau info2 dlm mags tu sume wlu pun dah lama...

byk2 buku2 yg jd kesayangan aku dah lama aku tak baca, yg salu aku baca & jd feveret aku La tahzan, kisah bidadari syurga, di atas sejadah cinta, bila cinta bertasbih. yg lain2 tu baca sekali lalu & sekali imbas je, ada yg dah berhabuk rupanya..sbb tak di baca lama sgt....agak2 korg buku2 yg di beli tp tak baca tu ada perasaan merajuk tak ek...???(soklan apa ni ek, aku pun tatau ) he he he....

setakat ni aku tadak la buku psl jutawan2 ni, yang aku tahu le entah dah berapa juta rupiah Indon dah aku belanjakan shopping di Indon, aku tak ingt dah....sbb masa shopping tu salu lupa diri..ha ahaha....aku shopping kat ner pun salu lupa diri,termasuk la shopping kat kedai 2 ringgit...err kat kedai 2 ringgit pun ada jual buku gak...

dah sume member2 yg kuat melanggut kat blog tu citer psl buku yg derang baca, pastu lak ada yg tgh buat karangan citer utk di nobelkan, aku pun nak la share gak psl buku2 yg aku baca ni..kot2 la jadi inspirasi kat member2 yg kuat melanggut dpn pc/lap top tu, jd ilham mendatang, musim2 cuti2 sekolah, musim2 hujan, kan......!!??


